Browse By

Upcoming Event

Oct
28
Sat
Majlis Konvokesyen UTM ke-59 @ UTM Skudai Johor Bahru
Oct 28 – Oct 31 all-day
Majlis Konvokesyen UTM ke-59 @ UTM Skudai Johor Bahru

GRADUAN PROGRAM KERJASAMA UTM YANG BERGRADUAT PADA SEMESTER 2, SESI 2016/2017.GRADUAN DARI PROGRAM KERJASAMA UTM AKAN MENERIMA PENGANUGERAHAN BERSAMA-SAMA DENGAN GRADUAN SEPENUH MASA / PERDANA UTM, KEBIASAANNYA HARI/SESI PARA GRADUAN PROGRAM KERJASAMA AKAN DISUSUN PADA HARI/SESI YANG TERAKHIR PADA MAJLIS INI.

Feb
11
Mon
Kursus Audit Dalaman bagi Sistem Pengurusan Kualiti ISO 9001:2015 @ Pusat Latihan, UTM Johor Bahru
Feb 11 – Feb 12 all-day

Kursus Audit Dalaman bagi Sistem Pengurusan Kualiti ISO 9001:2015, UTMSPACE akan dijalankan pada 11 dan 12 Februari 2019 di Pusat Latihan, UTM Johor Bahru. Seramai 35 orang Staf UTMSPACE yang terdiri daripada Ahli Panel Audit Dalaman Pengurusan Kualiti UTMSPACE dan staf pentadbiran serta sokongan terpilih untuk menghadiri kursus ini. Kursus ini merupakan sebahagian program dalam takwim Pengurusan Kualiti Perkhidmatan 2019 : UTMSPACE yang diuruskan oleh

Unit Pengurusan Kualiti
Bahagian Pengurusan Kualiti Dan Alumni
Aras 4 dan 5, Blok T05, 81310 UTM Johor Bahru
Johor Darul Ta’zim.
email : kualiti@utmspace.edu.my

Penganjuran kursus ini merupakan persediaan kepada setiap Ahli Panel Audit Dalaman Pengurusan Kualiti UTMSPACE yang akan terlibat secara langsung dalam Sesi Audit Dalaman : Sistem Pengurusan Kualiti ISO 9001:2015 yang akan dijalankan pada tahun ini juga. Semoga para peserta kursus mendapat peluang seluas-luasnya dalam menimba ilmu pengetahuan sepanjang kursus ini berlangsung.

Feb
22
Fri
Majlis Penyampaian Dermasiswa & Geran Penyelidikan UTMSPACE @ Bilik Banquet, Hotel Royal Widad, Kuala Lumpur
Feb 22 all-day

Majlis Penyampaian Dermasiswa & Geran Penyelidikan UTMSPACE diadakan bagi menghargai para mahasiswa/i yang mempunyai kecemerlangan dalam akademik dan memberikan suntikan budaya penyelidikan dalam kalangan warga staf UTMSPACE. Seramai 15 orang mahasiswa/i akan menerima Dermasiswa UTMSPACE dan 9 orang staf UTMSPACE akan menerima Geran Penyelidikan UTMSPACE. Majlis akan disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor (Pembangunan) UTM, YBrs. Prof. Dr. Azlan Bin Ab. Rahman yang menjalankan tugas Pengarah Urusan Dan Ketua Pegawai Eksekutif UTMSPACE.